Please use this identifier to cite or link to this item: http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/3589
Title: BUKU PANDUAN PEMETAAN KURIKULUM POLITEKNIK & STANDARD KEMAHIRAN PEKERJAAN KEBANGSAAAN
Authors: Mohd Nasir Bin Kamaruddin
ZARINAH ZAINI
Issue Date: 2022
Publisher: UNIT PENERBITAN Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Abstract: Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) adalah sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK) , Kementerian Sumber Manusia bagi program kemahiran yang ditawarkan oleh Penyedia Latihan samaada awam ataupun swasta. Faedah Persijilan Kemahiran ini diiktiraf oleh industri di Malaysia yang memberi peluang laluan kerjaya dan pembangunan diri yang setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Pusat Bertauliah bagi membolehkan pelajar program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM) dan orang awam mendapat pentauliah tambahan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Proses paling utama dalam penubuhan Pusat Bertauliah adalah berkaitan dengan kurikulum. Bagi membolehkan pelajar yang sedang mengikuti program di politeknik ataupun oram awam mendapat sijil tambahan, iaitu Sijil Kemahiran Malaysia atau Sijil Modular, JPK mensyaratkan kurikulum yang sedia ada perlu memenuhi kehendak National Occupational Skills Standard (NOSS) atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) tersebut. Proses pemetaan merupakan faktor yang penting dalam menjayakan dan melayakkan proses penganugerahan sebagai Pusat Bertauliah. Buku Panduan Pemetaan dihasilkan bagi menjadi sumber rujukan khas untuk politeknik dalam melaksanakan program pentauliahan di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran. Buku ini akan memberi impak kepada Pusat Bertauliah dalam membantu menjayakan program SKM dan Modular untuk melahirkan individu yang mempunyai kelayakan kemahiran yang diiktiraf oleh industri semasa.
URI: http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/3589
ISBN: 978-967-0032-10-8
No e-ISBN : 978-967-0032-11-5
Appears in Collections:E-Books

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
BUKU PANDUAN PEMETAAN KURIKULUM (LIBRARY).pdf2.13 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.