Please use this identifier to cite or link to this item:
http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/3805
Title: | SCISARROW |
Authors: | MUHAMMAD AZIM BIN ANUAR |
Issue Date: | 2021 |
Publisher: | POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH |
Abstract: | Abstrak- Kajian ini membincangkan tentang kereta sorong yang diubahsuai untuk memudahkan pekerjaan seharian. Kereta sorong ini diberi nama ‘Scisarrow’. Sesuai dengan namanya kereta sorong ini menggunakan mekanisma yang terdapat pada control. Kereta sorong ini diubah suai daripada kereta sorong biasa yang terdapat di pasaran dengan memperkenalkan konsep ‘control’ di mana pengguna kereta sorong ini tidak perlu menggunakan tenaga yang banyak untuk memunggah barang barang yang hendak dibawa. Penyelidik kajian ini menyasarkan tiga objektif utama hasil kajian ini di mana yang pertama, menghasilkan kereta sorong inovasi, seterusnya menghasilkan kereta sorong yang mampu mencapai had limit beban yang lebih daripada kereta sorong biasa dan yang terakhir menciptakan kereta sorong yang mampu memendekkan masa proses pemunggahan barang. Pengkaji kajian ini mendapat ilham daripada projek-projek pelajar semester lepas dan kajian tentang inovasi ‘control’ yang terdapat pada jentera-jentera yang menggunapakai konsep ini. Data kajian ini dapat ditunjukkan dengan pengkaji mengedarkan borang soal selidik kepada responden-responden yang terlibat dalam pembangunan. Selain itu, pengkaji juga meminta responden untuk mencuba kereta sorong biasa dan ‘Scisarrow’ ini dalam proses pemunggahan beban yang melibatkan 20kg,40kg,60kg,80kg dan 100kg. Kesimpulannya kereta sorong inovasi ini dapat memenuhi objektif kajian ini dan produk inovasi ini mampu digunakan di pasaran sebagai alat bantu harian. |
URI: | http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/3805 |
Appears in Collections: | Abstract |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
6 Chapter 1 SCISARROW.pdf | 118.11 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.