Please use this identifier to cite or link to this item: http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/3854
Title: E-Pocket Fluid Mechanics
Other Titles: e-Proceeding CIE-TVET2022
Authors: Wan Majdah Ton Mamat
Zetty Rohaiza Mohd Sahak @ Ishak
Nazratulhuda Hashim
Keywords: e-poket
fluid mechanics
formula
Issue Date: 2022
Publisher: UNIT PENERBITAN Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Abstract: Kursus Fluid Mechanics (DJJ20073) merupakan satu kursus teras bagi pelajar di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal di semua Politeknik Malaysia. Bagi memudahkan kelangsungan proses pembelajaran, kaedah nota secara visual telah diperkenalkan. Dengan itu, e-Poket Fluid Mechanics (DJJ20073) dihasilkan sebagai alat bantu mengajar yang telah digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan boleh dicapai oleh semua pelajar Politeknik Malaysia khususnya dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) amnya. Idea inovasi ini dibangunkan daripada pemasalahan pelajar ekoran hasil dapatan Course Outcome Review Report CORR bagi kursus Fluid Mechanics (DJJ20073). Objektif penghasilan e-poket Fluid Mechanics (DJJ20073) adalah untuk memudahkan para pelajar mencapai formula-formula berkaitan ketika menjawab soalan serta mengadaptasi kaedah Internet of Thing (IoT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran. E-poket Fluid Mechanics (DJJ20073) ini dibangunkan menggunakan kombinasi aplikasi Canva & Powtoon untuk menarik minat para pelajar. E-poket Fluid Mechanics (DJJ20073) boleh dicapai melalui laman web Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dan boleh diakses melalui mana-mana peranti yang bersesuaian. Analisa keberkesanan e-Poket ini menunjukkan bahawa penghasilan kaedah ini banyak membantu pelajar dalam memudahcara pembelajaran dan pemahaman pelajar terhadap kursus ini. Kesimpulannya produk yang dihasilkan sangat membantu dalam proses pembelajaran dan pengajaran dan boleh disebarluas kepada institusi pendidikan lain.
URI: http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/3854
Appears in Collections:Conference Paper

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
CIE TVET 1 2022.pdf1.58 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.