Please use this identifier to cite or link to this item: http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/3860
Title: Perkembangan Perkhidmatan Digital Perpustakaan: Isu dan Cabaran di Perpustakaan Ibnu Khaldun
Other Titles: CiE-TVET 2022
Authors: Siti Zubaidah Ahmad
Norhayati Majid
Muhammad Afiq Faisal Mohd Ilias
Ainul Haezah Noruzman
Keywords: PSA Digital Library
Perpustakaan PSA
Perpustakaan Ibnu Khaldun
Institutional Repository PSA
Issue Date: 2022
Publisher: UNIT PENERBITAN Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Abstract: Penularan virus COVID-19 di serata dunia telah mengakibatkan perkhidmatan Perpustakaan Ibnu Khaldun turut terkesan akibat daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Hal ini telah menyebabkan operasi perpustakaan tidak dapat dijalankan seperti biasa memandangkan beberapa fungsi utamanya tidak dapat beroperasi seperti khidmat pinjaman buku dan rujukan bahan bercetak. Penutupan perkhidmatan perpustakaan secara fizikal kepada pelajar dan warga Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) telah memberi cabaran kepada staf perpustakaan Ibnu Khaldun untuk mempertingkatkan perkhidmatan secara dalam talian kepada pengguna perpustakaan. Justeru pembangunan portal Perpustakaan Ibnu Khaldun atau PSA Digital Library merupakan satu saluran capaian sumber maklumat kepada warga Politeknik Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk mengakses maklumat bahan digital yang terdapat di Perpustakaan Ibnu Khaldun. PSA Digital Library dibangunkan menggunakan Perisian Sumber Terbuka atau lebih dikenali sebagai Open-Source Software (OSS) iaitu wix. Portal ini memaparkan perkhidmatan perpustakaan, pengkalan data dan maklumat repositori yang menyimpan pelbagai bahan maklumat elektronik seperti artikel daripada majalah akademik, buku, tesis, kertas peperiksaan, laporan penyelidikan, gambar dan sebagainya. Repositori yang terdapat dalam portal ini memainkan peranan penting sebagai sumber rujukan dalam talian dan seterusnya menyokong misi dan visi Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan penggunaan portal PSA Digital Library khususnya maklumat repositori dan cabaran dalam membangunkan portal tersebut.
URI: http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/3860
Appears in Collections:Conference Paper

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
CIE TVET 7 2022.pdf1.39 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.