Please use this identifier to cite or link to this item: http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/3896
Title: ISU DAN CABARAN BANGUNAN FASAD KACA TERHADAP SISTEM PENYEJUKAN DI DALAM BANGUNAN
Other Titles: NCTS: 2nd National Conference on TVET Undergraduate Students
Authors: Syahirah Mutaza
Shahida Bt. Sharuddin
Keywords: Fasad Kaca
Sistem Penyejukan
Keselesaan
Pengunaan Tenaga
Issue Date: Jul-2022
Publisher: POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN (PTSS)
Abstract: Rekabentuk bangunan fasad kaca mampu memberikan kesan psikologi yang baik terhadap keselesaan penghuni kerana impak ruang yang luas dan kemasukan cahaya matahari yang maksimum. Walaubagaimanapun, rekabentuk sebegini menyebabkan suhu di dalam bangunan menjadi tidak seimbang kerana kemasukan cahaya semula jadi tanpa kawalan mengakibatkan ketidakselesaan penghuni. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi pada bangunan fasad kaca di Menara Prisma, Putrajaya terhadap sistem penyejukan yang digunakan. Kaedah kajian secara gabungan telah dipilih bagi menjalankan kajian ini di mana instrumen soal selidik dan temubual telah dilakukan kepada penghuni Menara Prisma. Soal selidik telah diedarkan kepada 200 penghuni dan sebanyak 110 responden telah menjawab. Manakala temubual bersama 3 orang pekerja berpengalaman dalam bidang pengurusan bangunan juga telah dijalankan. Data kajian dianalisa menggunakan perisian excel dan transkripsi temubual. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa penjimatan tenaga adalah isu dan cabaran utama bagi bangunan fasad kaca di mana kebanyakkan responden berpendapatan halangan pada tingkap membantu mengurangkan kemasukan cahaya matahari masuk ke dalam bangunan. Kajian ini juga merupakan tanda sokongan kepada agenda negara di dalam usaha menuju ke arah pembangunan lestari.
URI: http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/3896
ISBN: e-ISBN: 978-967-2258-97-1
Appears in Collections:Conference Paper

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
NCTS 2022 4. SYAHIRAH MUTAZA.pdf779.34 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.