Please use this identifier to cite or link to this item: http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/4352
Title: FINGERPRINT DOOR LOCK WITH SECURITY SYSTEM
Authors: EFFA NAJEHAH BINTI MAMAT
Keywords: Kes kecurian
keselamatan
penghuni rumah
keselesaan
pecah rumah
Issue Date: 2023
Publisher: POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Abstract: “FingerPrint Door Lock with Security System” adalah merupakan satu produk yang dihasilkan untuk meningkatkan keselamatan dan keselesaan penghuni rumah serta mencipta teknologi baru yang mempunyai ciri keselamatan. Permasalahan yang sering berlaku iaitu banyak kejadian pecah rumah berlaku apabila penghuni sedang tidur menyebabkan penduduk di kawasan perumahan berasa tidak selamat dan diselubungi perasaan bimbang akan rumah mereka. Maka tercetusnya idea kami untuk mencipta produk ini adalah untuk meningkatkan keselamatan dan keselesaan penghuni rumah kediaman. Selain itu, untuk mencipta produk teknologi baru yang mempunyai ciri-ciri keselamatan. Skop kajian merangkumi pintu panel jenis manakala tombol pintu ‘handleset’ dan ‘handlever’ yang digunakan oleh penghuni rumah kediaman. Metodologi ini dilaksanakan dengan mengedarkan soal selidik kepada 30 responden dan juga telah temubual seramai 20 orang kepada isi rumah. Dapatan kajian mendapati secara keseluruhannya lebih 70% penghuni rumah memberikan maklum balas pada tahap baik dalam semua domain yang diukur. Produk ini membantu mencapai objektif yang telah dibincangkan iaitu meningkatkan keselamatan dan keselesaan penghuni rumah kediaman. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa faktor yang boleh ditambah baik dalam pengukuran hasil pembelajaran tersebut dan diharapkan dapat membantu dalam penambahbaikan produk.
URI: http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/4352
Appears in Collections:Full Paper

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
FINGERPRINT DOOR LOCK WITH SECURITY SYSTEM FINAL REPORT PROJECT EFFA F1005 (2) 1.pdf2.14 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.