Please use this identifier to cite or link to this item: http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/4358
Title: INNOVATION OF CEMENT BRICKS WITH SEASHELL WASTE AS PARTIAL REPLACEMENT OF FINE AGGREGATE
Authors: MOAHAMAD KHASYFUL AZHIM BIN MOHAMAD KHALIMI
Keywords: Bata simen
Cengkerang
Ujian resapan air
Ujian kekuatan mampatan
Issue Date: 2023
Publisher: POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Abstract: Penggunaan bata simen dalam pembinaan sangat meluas terutamanya dalam pembinaan bangunan dan infrastruktur. Bata simen merupakan salah satu jenis bata yang ada di Malaysia. Bata simen ini diperbuat daripada campuran simen, pasir dan air. Objektif kajian ini adalah untuk menghasilkan bata simen dengan menggunakan cengkerang sebagai penggantian separa pasir ke dalam bata tersebut, seterusnya, menentukan kekuatan mampatan dan ujian resapan air, dan untuk mengkaji peratusan penggantian cengkerang optimum dalam bata simen. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan 0%, 6% dan 12% campuran cengkerang ke dalam bata simen. Pengawetan dilakukan pada hari ke 7 dan 28. Bata yang dihasilkan adalah mengikut MALAYSIA STANDARD (MS 76: 1972). Saiz bata yang digunakan adalah 215mm x 102.5mm x 65mm. Nisbah simen kepada pasir dalam kajian ini adalah 1:6. Bata dengan penggantian cengkerang diuji dengan Ujian Mampatan dan Ujian Kadar Resapan Air mengikut MS76:1972. Keputusan ujian dapat membuktikan bahawa penggunaan 12% cengkerang dalam bancuhan bata telah berjaya meningkatkan kekuatan mampatan sebanyak 13.45 N/mm2 jika dibandingkan dengan kekuatan bata kawalan yang tidak ditambah dengan cengkerang iaitu kekuatan mampatan sebanyak 12.19N/mm2 pada tempoh pengawetan 28 hari. Manakala, hasil keputusan untuk ujian kadar resapan air pula menunjukkan bahawa nilai resapan air yang terbaik adalah dengan penggantian kulit cengkerang 12% iaitu sebanyak 3.80% berbanding bata penggantian kulit cengkerang sebanyak 6% dengan kadar resapannya 5.43%. Ini menunjukkan kadar resapan yang rendah jika dibandingkan dengan keperluan blok kejuruteraan biasa 0% menurut MS76:1972. Cadangan penambahbaikan daripada hasil kajian ini, penyelidik mencadangkan untuk menggunakan peratusan penggantian kulit cengkerang yang sepenuhnya bagi menghasilkan bata simen.
URI: http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/4358
Appears in Collections:Full Paper



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.