Please use this identifier to cite or link to this item: http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/4363
Title: KAJIAN KES FAKTOR, RISIKO DAN CADANGAN PENYELESAIAN MASALAH PROJEK TERBENGKALAI DI SHAH ALAM
Authors: SITI AISHAH BINTI CHE MANSOR
Issue Date: 2023
Publisher: POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Abstract: Masalah projek terbengkalai di Malaysia adalah sangat membimbangkan, jumlah projek terbengkalai terutamanya projek swasta semakin meningkat. Projek pembinaan terbengkalai ini akan menjadi isu yang hangat diperkatakan oleh pelabur dalam bidang industri pembinaan ini. Selain itu, dalam mengkaji projek terbengkalai ini didapati projek yang terbengkalai berlaku daripada pengurus projek yang bermasalah. Di samping itu, projek yang terbengkalai ini akan memberi kesan negatif terhadap sosial ekonomi. Objektif kajian ini pula untuk mengenal pasti faktor – faktor yang menyebabkan projek yang dijalankan oleh syarikat kerajaan dan syarikat swasta untuk ditinggalkan. Di samping itu, untuk analisis cara atau penyelesaian dalam masalah bangunan terbengkalai. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu temu bual yang dijalankan dengan salah seorang kakitangan MBSA melalui interaksi peribadi manakala kuantitatif adalah melalui tinjauan tapak dan pengumpulan data yang diperlukan. Hasil yang diperolehi ialah projek yang terbengkalai adalah disebabkan masalah kewangan dari pelbagai sudut. Maka dengan ini, beberapa cadangan dapat dikemukakan untuk mengatasi masalah projek terbengkalai ini. Hasil kajian boleh dijadikan panduan kepada pemaju untuk mengawal kejadian – kejadian yang mengakibatkan sebuah pembinaan itu tidak dapat diselesaikan pada waktu yang ditetapkan berserta dengan cadangan untuk digunakan sebagai penyelesaian masalah isu pembangunan terbengkalai ini kepada pemaju yang akan mengambil alih projek pembinaan.
URI: http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/4363
Appears in Collections:Full Paper



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.