Please use this identifier to cite or link to this item: http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/4369
Title: KAJIAN MASALAH FENOMENA KEPALA AIR DI KAWASAN HULU LANGAT
Authors: 1 POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH KAJIAN MASALAH FENOMENA KEPALA AIR DI KAWASAN HULU LANGAT
Issue Date: 2022
Publisher: POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Abstract: Kepala air merupakan satu fenomena yang datang secara mengejut sehingga sukar untuk menyelamatkan diri. Ia akan memberi tanda-tanda awal sebelum tibanya kepala air iaitu kuatiti air akan meningkat dan halaju air berubah menjadi deras serta akan membawa mendapan seperti pasir, kayu-kayan dan serta ranting-ranting pokok sehingga air berubah warna kepada keruh. Pada 19 Disember 2021, berlakunya fenomana kepala air di kawasan Hulu langat sehingga menjadi salah satu faktor tercetusnya banjir di kawasan tersebut. Terdapat rumah yang dihanyutkan oleh kepala air yang besar serta jalan raya juga turut terjejas, seperti jalan Sungai Lui yang rosak dan bahu jalan runtuh disebabkan hakisan sungai akibat daripada berlakunya kepala air. Kajian ini bertujuan bagi mengenal pasti permasalah fenomena kepala air yang telah memberi impak negatif kepada penduduk di kawasan tersebut. Ia juga bertujuan berkongsi ilmu pengetahuan berkaitan kepala air kepada masyarakat luar sana yang tidak pernah mengambil tahu tentang fenomena ini serta sikit sebanyak membantu masyarakat bagi mengambil langkah awal untuk menghadapi fenomena kepala air. Kajian ini juga dapat membuka mata masyarakat supaya mengambil berat terhadap perkara ini kerana fenomena kepala air bukanlah kejadian yang biasa malah kepala air terjadi lebih dasyat. Walaupun kita sering mendengar berkenaan kepala air, namun ia tidak dibincangkan dengan serius dan menganggap perkara ini remeh sedangkan ramai penduduk yang menderita disebabkan kejadian kepala air seperti kehilangan nyawa ahli keluarga dan kerosakan harta benda.
URI: http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/4369
Appears in Collections:Full Paper



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.