Please use this identifier to cite or link to this item: http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/4373
Title: LIGHT HOUSE DROP BOX
Authors: HAIRUL NAZMI BIN AZMAN
AIDIEL HARITH BIN FAIRUS
MUHAMMAD ZULHAFIY BIN ROSMAN
Issue Date: 2022
Publisher: POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Abstract: Projek Light House Drop Box ini dihasilkan untuk membantu para penggemar pembelian barangan secara dalam talian. Semenjak Malaysia semakin terbiasa dengan kaedah pembelian barangan secara dalam talian ini, terdapat beberapa isu yang mula timbul. Antaranya adalah bungkusan parcel rosak akibat terdedah dengan cuaca seperti hujan dan terdapat beberapa sikap penghantar yang tidak bertanggungjawab dengan mencampakkan barang ke dalam kawasan pagar rumah. Oleh disebabkan iu, tujuan utama projek ini dihasilkan adalah untuk mengurangkan risiko berlakunya kerosakan barangan parcel yang terdedah dengan cuaca hujan mahupun rosak akibat dicampak . Light house drop box ini tidak hanya berfungsi untuk peti penyimpanan barangan parcel sahaja malah ia juga mempunyai fungsi pencahayaan seperti lampu pagar rumah. Konsep Light House Drop Box ini adalah berkonsepkan 2 in 1 yang diinspirasikan daripada Light house dan lampu pagar rumah. Berdasarkan Alex Pattakos, rumah api secara tradisinya dilihat sebagai simbol harapan dan keselamatan. Sebagai suar cahaya, mereka memberikan panduan untuk laluan selamat kepada pelaut dan melindungi bukan sahaja nyawa mereka tetapi tanah berhampiran Alex Pattakos,(2021). Jadinya, Perkataan 'Light House' digunakan dalam sebahagian nama projek ini ialah sebagai satu simbol keselamatan bagi bungkusan parcel. Bagi reka bentuk projek pula ini berdasarkan Kumiko lamp yang berasal daripada Japan dan saiz ukuran projek pula berdasarkan daripada data-data yang diambil daripada saiz lampu tembok rumah yang sedia ada di pasaran, Bahan yang digunakan ialah kayu keras seperti Cengal dan meranti merah dan menggunakan bahan kemasan yang sesuai untuk cuaca luar iaitu Deckstain dan Woodstain. Berdasarkan dapatan daripada soal selidik, terdapat ramai respondan yang bersetuju dalam penghasilan projek ini yang hanya memfokuskan untuk bungkusan parcel dan juga kawasan perumahan teres dan mempunyai tembok pagar rumah sebagai sasaran projek. Kesimpulannya, projek ini berjaya mencapai tujuannya iaitu secara keseluruhannya, projek Light House Drop Box ini bejaya dihasilkan daripada bahan utamanya iaitu kayu keras berserta fungsi lampu di bahagian atas projek ini mampu berfungsi dengan baik
URI: http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/4373
Appears in Collections:Full Paper

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LIGHT HOUSE DROP BOX.pdf2.49 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.