Please use this identifier to cite or link to this item: http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/4378
Title: PENAPIS AIR HUJAN YANG BERKUALITI UNTUK KEGUNAAN HARIAN
Authors: AISYA NABILA BINTI M MAZLAN
Keywords: Penapis air hujan
kualiti air
air hujan
parameter
membandingkan
Issue Date: 2023
Publisher: POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Abstract: Penapis air hujan yang berkualiti untuk kegunaan harian berfungsi sebagai menapis air hujan supaya menjadi lebih bersih untuk kegunaan harian seperti mandi, membasuh kereta dan mencuci pakaian. Penapis air hujan yang direka bentuk ini sangat mudah dihasilkan kerana bahan yang digunakan mudah didapati. Situasi yang kita dapat lihat air hujan sering digunakan ketika berlaku masalah ketiadaaan air. Air hujan yang digunakan tidak ditapis dan kotor ini mewujudkan pelbagai masalah kesihatan seperti alahan kulit. Objektif utama penapis air hujan ialah menghasilkan prototaip penapis air hujan menggunakan bahan yang telah dikenal pasti. Selain itu dapat membandingkn parameter air hujan sebelum dan selepas ditapis menggunakan penapis yang telah dihasilkan dan membandingkan bahan penapis yang paling sesuai digunakan untuk dijadikan sebagai penapis air hujan. Air hujan sebelum ditapis dan selepas ditapis akan dihantar ke makmal untuk mengukur parameter air. Parameter yang diambil ialah nilai pH, kekeruhan, BOD dan TSS. Daripada hasil keputusan ujian, nilai pH selepas air hujan ditapis berada pada kelas II iaitu nilainya 6. Air hujan yang berada pada kelas II selamat digunakan dan tidak berbahaya kepada pengguna. Seterusnya, nilai kekeruhan air selepas ditapis juga berada pada kelas II iaitu 1.10 NTU. Nilai BOD pula 8 mg/L berada pada kelas III. Nilai kekeruhan selepas ditapis lebih bersih daripada sebelum ditapis. Akhir sekali bagi bacaan TSS selepas air hujan ditapis berada pada kelas I kerana kurang dari 25 mg/L iaitu nilai TSS nya ialah 6 mg/L. Semua paramater yang diuji telah mencapai standard kualiti air kebangsaan. Oleh itu daripada hasil ujian air, air hujan selepas ditapis lebih selamat digunakan daripada sebelum ditapis.
URI: http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/4378
Appears in Collections:Full Paper



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.