Please use this identifier to cite or link to this item: http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/4381
Title: ROOM SANITIZER
Authors: NUR FATIHAH BINTI MOHD HESLI
Keywords: Covid-19
Room sanitizer
sanitasi
ruang
kawalan telefon bimbit
Issue Date: 2023
Publisher: POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Abstract: Covid-19 merupakan satu wabak penyakit yang sangat bahaya yang mana dapat meragut ribuan nyawa tanpa mengira had umur. Peningkatan kes jangkitan dari hari ke hari amat merisaukan masyarakat terutamanya yang mempunyai masalah kesihatan. Hal ini dapat dibuktikan bahawa 4,975,473 orang telah disahkan positif Covid-19 dan seramai 36,628 orang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19. Alat sanitasi yang sedia ada di pasaran tidak boleh bergerak dengan sendiri kerana perlu disandang di belakang badan atau diletakkan di sesuatu posisi, kemudiannya dialihkan ke posisi yg lain bagi memastikan sanitasi dilakukan dengan sempurna. Room sanitizer direka bentuk supaya berkemampuan untuk bergerak melalui pengawalan telefon bimbit untuk kerja-kerja sanitasi di sesebuah ruang. Kajian melibatkan orang awam di kawasan tertutup seperti bilik kuliah, pejabat, klinik, restoran dan asrama. Soal selidik diedarkan kepada 100 orang responden secara bersemuka untuk mengetahui tentang tahap kepuasan pengguna terhadap penggunaan Room Sanitizer. Tinjauan juga telah dilaksanakan di Nandos Mid Valley. Pengujian Room Sanitizer telah dijalankan di Nandos dan hasilnya didapati bahawa produk dapat berfungsi dengan baik. Dapatan hasil daripada kajian dan pengujian mendapati bahawa 70% responden sangat berpuas hati dengan produk Room Sanitizer ini. Secara keseluruhannya Room Sanitizer dapat berfungsi dengan lebih baik berbanding dengan produk yang sedia ada di pasaran.
URI: http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/4381
Appears in Collections:Full Paper

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ROOM SANITIZER FINAL REPORT 08DPB20F1018.pdf1.97 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.