Please use this identifier to cite or link to this item: http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/4397
Title: TH FOOD COVER HEATER
Authors: MUHAMAD AMIR ARSHAD BIN ABD RAMIN
Keywords: Penghangatan
penyimpanan
pengekalan suhu
kelembapan
kualiti makanan
Issue Date: 2023
Publisher: POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Abstract: Suhu dan kelembapan makanan merupakan aspek yang penting dalam mengekalkan kualiti sesuatu makanan. Inovasi Temperature Humidity (TH) Food Cover Heater tercetus apabila masalah sesuatu makanan dibiarkan secara terbuka dan menyebabkan suhu pada makanan tersebut cepat sejuk sekaligus makanan menjadi basi. Kajian ini bertujuan untuk mengekalkan suhu dan kelembapan makanan ketika makanan sudah siap dimasak serta menghalang serangga seperti lalat dan semut dari mencemari makanan.Seterusnya , kajian ini dilakukan di tempat yang berbeza seperti dirumah kediaman dan di restoran.Jenis makanan yang bergoreng dan berkuah juga menjadi salah satu cara untuk mengkaji penggunaan TH Food Cover Heater .Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah temu bual di kawasan Taman Tun Doktor Ismail dan Taman Bestari Jaya .Kaedah pemerhatian di jalankan di restoran dan kawasan perumahan dengan cara demonstrasi produk secara bersemuka.Kaedah soal selidik sejumlah 20 responden menjawab soalan dalam talian dan 4 orang respondan menjawab soalan secara bersemuka.. Borang tersebut mempunyai 10 soalan yang berkenaan dengan keberkesanan produk dalam mengekalkan kehangatan makanan. Dapatan kajian mendapati terdapat 80% responden bersetuju produk TH Food Cover Heater ini dicipta bagi menjimatkan masa pengguna. Hasilnya, projek ini dapat menghangatkan makanan dengan lebih sekata dan juga terhindar daripada serangga seperti lalat dan semut. Projek ini juga sangat membantu suri rumah dan peniaga-peniaga makanan yang mahu mengekalkan kehangatan makanan. Projek ini menggunakan lampu pemanas supaya proses pengekalan suhu makanan masih boleh dijalankan pada bila bila masa. Hal ini kerana, lampu pemanas boleh mengeluarkan haba yang banyak dan selamat digunakan semasa proses mengekalan suhu makanan tersebut. Kesimpulannya disini , suhu dan kelembapan pada makanan adalah suatu aspek yang penting dalam menjaga kualiti makanan.
URI: http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/4397
Appears in Collections:Full Paper

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
TH FOOD COVER HEATER FINAL REPORT 08DPB20F1016.pdf3.58 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.