dc.description.abstract |
Air merupakan satu khazanah alam yang sering digunakan kerana ia merupakan sumber utama manusia
dalam menjalani kehidupan seharian. Tanpa kewujudan air, manusia tidak mampu untuk bertahan lama.
Namun, bukan sahaja ketiadaan air yang ditakuti manusia, pencemaran air juga turut dikhuatiri manusia.
Baru‐baru ini, masalah yang dihadapi alam sekitar adalah sisa minyak daripada sisa masakan dan makanan
yang menyebabkan pencemaran air dan bau yang berpunca dari kawasan premis makanan. Pencemaran
sisa minyak ini telah menyebabkan paip tersumbat dan berbau busuk. Dalam kajian ini, penggunaan
perangkap minyak telah diaplikasikan untuk menghalang sisa minyak mengalir ke longkang. Namun,
terdapat sesetengah perangkap minyak masih tidak berfungsi dengan baik terutamanya di kawasan
premis makanan yang diselidik. Oleh itu, objektif penyelidikan ini adalah untuk merekabentuk perangkap
minyak, mengenalpasti kebolehan kulit durian dan arang sebagai bahan dalam penapis untuk menyerap
sisa minyak dan bau serta menganalisis keberkesanan perangkap minyak berdasarkan penilaian kualiti air.
Metodologi kajian ini terdiri daripada pengumpulan kulit durian yang merupakan bahan utama untuk
menyerap sisa minyak di dalam perangkap minyak. Saiz perangkap minyak yang digunakan adalah
berukuran 410mmx310mmx270mm. Kerja eksperimen yang dijalankan terdiri daripada ujian minyak dan
gris, ujian pH meter, ujian oksigen terlarut, dan ujian kekeruhan. Kajian masa depan disarankan untuk
menggunakan serbuk fibre kulit durian dengan campuran bahan kimia iaitu asid hidroklorik dan asid
dodecylbenzene sulphonic kerana cenderung tersebar di permukaan minyak, untuk menghilangkan
kandungan lilin dan keupayaan penyerapan minyak akan menjadi lebih efektif. |
en_US |