Abstract:
Multifunctional Stair Climber ini adalah sebuah troli pelbagai fungsi yang dapat
mengangkat barang dan sebagai alat timbangan. Ia dapat menjimatkan masa,
mengurangkan penggunaan tenaga dan mengelakkan berlakunya penipuan berat
barang semasa urusan jualbeli. Troli ini direka bagi mengatasi masalah penduduk
yang tinggal di kawasan perumahan bertingkat yang terpaksa mengangkat barang
yang berat dengan menggunakan tangga, penipuan berat barang yang selalu berlaku
ketika urusan jualbeli, penggunaan tenaga dan masa yang banyak ketika mengalihkan
barang yang berat ke tempat yang tinggi serta mengelakkan risiko berlakunya
kecederaan akibat troli yang sukar dikawal. Objektif kajian ini ialah merekabentuk
troli dengan menambah sistem pengangkat barang manual bagi membantu
mengangkat dan mengalihkan barang yang berat ke tempat yang tinggi, serta dapat
menjimatkan masa dan tenaga . Selain itu, ia dapat membantu penduduk perumahan
bertingkat mengangkat barang yang berat ketika berlakunya kerosakan pada lif dan
menyediakan penimbang berat digital di troli untuk mengelakkan berlakunya
penipuan ketika urusan jualbeli. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian,
kualitatif dan borang soalselidik secara atas talian iaitu proses pengumpulan data
melalui ‘borang google’. Hasil analisis soalselidik yang diperolehi, maka terhasillah
‘Multifunctional Stair Climber’ dengan penambahan ciri keselamatan seperti brek
tangan yang tersedia di tempat pemegang troli yang dapat membantu penduduk di
perumahan tinggi mengangkat barang dengan mudah, cepat dan selamat serta
mengelakkan penipuan berat barang semasa pembelian.
Kata kunci : Selamat, memudahkan dan menjimatkan masa