DSpace Repository

MULTIFUNCTIONAL STAIR CLIMBER

Show simple item record

dc.contributor.author NUR DANIAH BINTI MD ISA
dc.contributor.author KARTHIK A/L GANESAN
dc.contributor.author THIYAGGU A/L SARAVANAN
dc.contributor.author NURAZLINDA BT YAHYA @ MUHAMMED
dc.date.accessioned 2021-09-28T02:00:31Z
dc.date.available 2021-09-28T02:00:31Z
dc.date.issued 2020-06
dc.identifier.uri http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/3199
dc.description.abstract Multifunctional Stair Climber ini adalah sebuah troli pelbagai fungsi yang dapat mengangkat barang dan sebagai alat timbangan. Ia dapat menjimatkan masa, mengurangkan penggunaan tenaga dan mengelakkan berlakunya penipuan berat barang semasa urusan jualbeli. Troli ini direka bagi mengatasi masalah penduduk yang tinggal di kawasan perumahan bertingkat yang terpaksa mengangkat barang yang berat dengan menggunakan tangga, penipuan berat barang yang selalu berlaku ketika urusan jualbeli, penggunaan tenaga dan masa yang banyak ketika mengalihkan barang yang berat ke tempat yang tinggi serta mengelakkan risiko berlakunya kecederaan akibat troli yang sukar dikawal. Objektif kajian ini ialah merekabentuk troli dengan menambah sistem pengangkat barang manual bagi membantu mengangkat dan mengalihkan barang yang berat ke tempat yang tinggi, serta dapat menjimatkan masa dan tenaga . Selain itu, ia dapat membantu penduduk perumahan bertingkat mengangkat barang yang berat ketika berlakunya kerosakan pada lif dan menyediakan penimbang berat digital di troli untuk mengelakkan berlakunya penipuan ketika urusan jualbeli. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian, kualitatif dan borang soalselidik secara atas talian iaitu proses pengumpulan data melalui ‘borang google’. Hasil analisis soalselidik yang diperolehi, maka terhasillah ‘Multifunctional Stair Climber’ dengan penambahan ciri keselamatan seperti brek tangan yang tersedia di tempat pemegang troli yang dapat membantu penduduk di perumahan tinggi mengangkat barang dengan mudah, cepat dan selamat serta mengelakkan penipuan berat barang semasa pembelian. Kata kunci : Selamat, memudahkan dan menjimatkan masa en_US
dc.language.iso my en_US
dc.publisher Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor en_US
dc.subject DMP en_US
dc.title MULTIFUNCTIONAL STAIR CLIMBER en_US
dc.type Final Year Project Report en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account