Abstract:
Permasalahan seperti kekurangan kesedaran terhadap mengenai kesihatan
terhadap komuniti dan juga persekitaran. Amalan pengendalian yang lemah
dan pembuangan sampah hospital yang tidak betul adalah bahaya kesihatan
yang semakin meningkat. Contohnya, sisa berbahaya dan perubatan boleh
ditangani dan dibuang bersama-sama dengan sisa domestik, sehingga
menimbulkan risiko kesihatan kepada pekerja, masyarakat umum dan alam
sekitar. Walaupun kajian mengenai amalan dalam menangani sisa klinikal telah
meluas dijalankan dalam kajian lepas, namun begitu dalam aspek
pengendalian yang hanya melibatkan jururawat masih belum dilaksanakan.
Oleh itu kajian ini dijalankan adalah untuk mencadangkan cara yang lebih
berkesan dalam menangani sisa klinikal dalam kalangan jururwat. Kajian ini
menggunakkan pendekatan secara abduktif. Strategi kajian pula adalah
kuantitatif. Manakala, instrument kajian yang digunakan adalah menggunakan
borang soal selidik sahaja. Justeru itu, teknik analisis yang bersesuaian
digunakan dalam kajian ini adalah analisi secara deskriptif seperti analisi faktor
dan skor min dengan menggunakkan perisian Statistical Package for Social
Sciences (SPSS). Kaedah persempelan rawak digunakan dalam kajian ini dan
sampel yang terlibat adalah seramai 60 responden sahaja. Hasil dapatan
mendapati responden memberikan cadangan yang sinonim tetapi penyelik
mengambil cadangan yang paling menonjol.