Abstract:
‘Asset and Services Information System’ (ASIS) ialah sistem IT berasaskan
web yang digunapakai oleh pihak-pihak yang terlibat dengan Perkhidmatan
Sokongan Hospital (PSH) yang mengandungi maklumat, data dan laporan
untuk mengurus, memantau keadaan aset dan maklumat penyelenggaraan
serta mengawal selia Penswastaan PSH. Sistem ASIS ini menjadi satu
kepentingan dan keperluan kepada pengguna-pengguna di hospital. Objektif
kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi
penggunaan ASIS dalam kalangan pengguna di hospital. Persoalan utama
kajian ini pula adalah bagaimana cara bagi memastikan sistem pengurusan
aset (ASIS) berada pada tahap yang terbaik supaya dapat memudahkan
pengguna ketika menggunakan sistem pengurusan aset (ASIS). Matlamat
yang ditetapkan adalah mencadangkan ‘Amalan Terbaik’ pada sistem
pengurusan aset (ASIS) berada pada tahap yang terbaik. Kajian ini
menggunakan pendekatan deduktif. Untuk mendapatkan hasil dapatan,
pengumpulan data melalui kaedah borang soal selidik dilakukan. Hal
demikian, teknik analisis yang bersesuaian digunakan dalam kajian ini adalah
analisis deskriptif seperti skor min, sisihan piawaian dengan menggunakan
perisian Statictical Package for Social Sciences (SPSS). Kaedah
persampelan secara rawak diaplikasikan dalam kajian ini dan sampel yang
terlibat seramai 50 responden yang terdiri daripada pengguna di Hospital
Pulau Pinang, Hospital Seberang Jaya, Hospital Balik Pulau, Hospital Sungai
Bakap dan Hospital Bukit Mertajam, tahap keberkesanan sistem pengurusan
aset (ASIS) perlu ditambahbaik. Akhir sekali, dalam kajian ini disertakan
cadangan untuk penambaikkan yang boleh diambil bagi meningkatkan
keberkesanan sistem pengurusan aset (ASIS) di hospital.