DSpace Repository

Kajian Terhadap Keberkesanan Penggunaan Sistem Pengurusan Aset (ASIS) di Hospital

Show simple item record

dc.contributor.advisor Sr Ts. PUAN ROHAIZANA BINTI RAMLI
dc.contributor.author NUR FATIN AZARINAH BINTI MOHAMAD NAZRI
dc.date.accessioned 2021-10-26T07:25:19Z
dc.date.available 2021-10-26T07:25:19Z
dc.date.issued 2021-08
dc.identifier.uri http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/3235
dc.description.abstract ‘Asset and Services Information System’ (ASIS) ialah sistem IT berasaskan web yang digunapakai oleh pihak-pihak yang terlibat dengan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) yang mengandungi maklumat, data dan laporan untuk mengurus, memantau keadaan aset dan maklumat penyelenggaraan serta mengawal selia Penswastaan PSH. Sistem ASIS ini menjadi satu kepentingan dan keperluan kepada pengguna-pengguna di hospital. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan ASIS dalam kalangan pengguna di hospital. Persoalan utama kajian ini pula adalah bagaimana cara bagi memastikan sistem pengurusan aset (ASIS) berada pada tahap yang terbaik supaya dapat memudahkan pengguna ketika menggunakan sistem pengurusan aset (ASIS). Matlamat yang ditetapkan adalah mencadangkan ‘Amalan Terbaik’ pada sistem pengurusan aset (ASIS) berada pada tahap yang terbaik. Kajian ini menggunakan pendekatan deduktif. Untuk mendapatkan hasil dapatan, pengumpulan data melalui kaedah borang soal selidik dilakukan. Hal demikian, teknik analisis yang bersesuaian digunakan dalam kajian ini adalah analisis deskriptif seperti skor min, sisihan piawaian dengan menggunakan perisian Statictical Package for Social Sciences (SPSS). Kaedah persampelan secara rawak diaplikasikan dalam kajian ini dan sampel yang terlibat seramai 50 responden yang terdiri daripada pengguna di Hospital Pulau Pinang, Hospital Seberang Jaya, Hospital Balik Pulau, Hospital Sungai Bakap dan Hospital Bukit Mertajam, tahap keberkesanan sistem pengurusan aset (ASIS) perlu ditambahbaik. Akhir sekali, dalam kajian ini disertakan cadangan untuk penambaikkan yang boleh diambil bagi meningkatkan keberkesanan sistem pengurusan aset (ASIS) di hospital. en_US
dc.language.iso my en_US
dc.publisher Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor en_US
dc.subject Asset and Services Information System’ (ASIS) en_US
dc.subject Hospital en_US
dc.title Kajian Terhadap Keberkesanan Penggunaan Sistem Pengurusan Aset (ASIS) di Hospital en_US
dc.type Final Year Project Report en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account