DSpace Repository

Penggunaan Sistem QR Code Di Dalam ‘Work Order’ Bagi Pengurusan Penyelenggaraan Fasiliti Di Hospital

Show simple item record

dc.contributor.author MOHAMAD NUR KHAIRI.RAMLEY
dc.date.accessioned 2021-10-26T07:39:37Z
dc.date.available 2021-10-26T07:39:37Z
dc.date.issued 2021-03
dc.identifier.uri http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/3238
dc.description.abstract Pengurusan penyelenggaraan yang berkualiti sangat penting di hospital kerana melibatkan nyawa pesakit yang berada di hospital tersebut. Salah satu cara dalam meningkatkan kualiti pengurusan penyelenggaraan terutamanya dalam proses pesanan kerja yang dilakukan bagi sesuatu penyelenggaraan di hospital tersebut adalah dengan penggunaan teknologi terkini. Teknologi terkini yang dimaksudkan adalah teknologi sistem kod QR yang telah diperkenalkan sejak lama dahulu lagi yang mempunyai pelbagai fungsi dan kemudahan untuk pengurusan fasiliti di hospital. Secara amnya masalah dari segi kualiti penyelenggaraan selalu dipertikaikan oleh pengguna dan pelanggan kerana kelewatan menyiapkan sesuatu penyelenggaraan. Walaupun kajian mengenai penggunaan sistem kod QR untuk kerja-kerja penyelenggaraan terutamanya dalam proses pesanan kerja sudah meluas di negara-negara barat, namun begitu di hospital Malaysia masih menggunakan kaedah yang lama dalam melaksanakan proses pesanan kerja. Oleh yang demikian, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan sistem yang menggunakan teknologi terkini iaitu sistem kod QR dalam melaksanakan kerjakerja penyelenggaraan terutamanya pesanan kerja yang boleh membantu dalam merealisasikan saranan kerajaan untuk menggunakan dasar IR 4.0. Kajian ini menggunakan pendekatan secara Pragmatisme. Strategi kajian yang digunakan adalah secara kaedah pencampuran. Manakala instrumen kajian yang digunakan adalah seperti kaedah temu secara semi- struktur dan borang soal selidik. Oleh yang demikian, teknik analisis yang bersesuaian digunakan dalam kajian ini adalah analisis secara deskriptif seperti analisis faktor dan skor min dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Responden telah dipilih secara kaedah persampelan rawak iaitu pekerja-pekerja bahagian pengurusan penyelenggaraan di Hospital Pulau Pinang dan Hospital Bukti mertajam seramai 159 responden. Hasil daripada dapatan kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa kajian yang dilakukan ini memberikan impak yang positif kepada pengurusan penyelenggaraan di hospital terutamanya kepada proses pesanan kerja. en_US
dc.language.iso my en_US
dc.publisher Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor en_US
dc.subject Pengurusan Penyelenggaraan en_US
dc.subject Teknologi en_US
dc.subject Kod QR dan IR 4.0 en_US
dc.title Penggunaan Sistem QR Code Di Dalam ‘Work Order’ Bagi Pengurusan Penyelenggaraan Fasiliti Di Hospital en_US
dc.type Final Year Project Report en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account