Abstract:
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji faktor risiko kemalangan di tempat kerja
dalam bidang pengurusan fasiliti. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
(Akta 514), sebuah akta yang bertanggungjawab atas penubuhan Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). Dengan adanya penubuhan jabatan
ini dengan tujuan untuk melindungi keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja
yang berada di tempat kerja namun begitu kejadian kemalangan di tempat kerja tidak
dapat dielakkan sepenuhnya. Badan kerajaan ini bertujuan mengawal kadar
kemalangan yang berlaku. Matlamat utama bagi kajian ini adalah untuk
menambahbaik tahap kesedaran mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan
dalam kalangan pekerja. Kajian ini menggunakan pendekatan abduktif dan
menggunakan strategi kajian yang digunakan adalah kaedah campuran. Instrumen
kajian yang digunakan adalah soal selidik dan temu bual. Oleh itu, teknik analisis yang
digunakan adalah ujian deskriptif seperti analisis faktor dan skor min dengan
menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Kaedah
persampelan secara rawak digunakan dengan jumlah responden sebanyak 70 orang
yang melibatkan pekerja BMES Maintennace Services Sdn. Bhd dan sub kontraktor
bagi cawangan UiTM Seremban dan UiTM Rembau. Hasil dapatan dari kajian ini
adalah menunjukkan tahap kesedaran responden mengenai keselamatan dan
kesihatan pekerjaan berada pada tahap yang memuaskan. Akhir sekali, kajian yang
telah dihasilkan ini mengetengahkan cadangan penambahbaikan yang boleh diambil
bagi meningkatkan tahap kesedaran pekerja.