DSpace Repository

KAJIAN TERHADAP FAKTOR RISIKO KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA DALAM BIDANG PENGURUSAN FASILITI

Show simple item record

dc.contributor.author MUNIRAH BINTI MOHD AZAM
dc.contributor.author RAJA NURUL WAHEEDA BINTI RAJA ZILAN
dc.date.accessioned 2021-10-26T07:48:20Z
dc.date.available 2021-10-26T07:48:20Z
dc.date.issued 2021-03
dc.identifier.uri http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/3240
dc.description.abstract Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji faktor risiko kemalangan di tempat kerja dalam bidang pengurusan fasiliti. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514), sebuah akta yang bertanggungjawab atas penubuhan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). Dengan adanya penubuhan jabatan ini dengan tujuan untuk melindungi keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja yang berada di tempat kerja namun begitu kejadian kemalangan di tempat kerja tidak dapat dielakkan sepenuhnya. Badan kerajaan ini bertujuan mengawal kadar kemalangan yang berlaku. Matlamat utama bagi kajian ini adalah untuk menambahbaik tahap kesedaran mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam kalangan pekerja. Kajian ini menggunakan pendekatan abduktif dan menggunakan strategi kajian yang digunakan adalah kaedah campuran. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dan temu bual. Oleh itu, teknik analisis yang digunakan adalah ujian deskriptif seperti analisis faktor dan skor min dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Kaedah persampelan secara rawak digunakan dengan jumlah responden sebanyak 70 orang yang melibatkan pekerja BMES Maintennace Services Sdn. Bhd dan sub kontraktor bagi cawangan UiTM Seremban dan UiTM Rembau. Hasil dapatan dari kajian ini adalah menunjukkan tahap kesedaran responden mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan berada pada tahap yang memuaskan. Akhir sekali, kajian yang telah dihasilkan ini mengetengahkan cadangan penambahbaikan yang boleh diambil bagi meningkatkan tahap kesedaran pekerja. en_US
dc.language.iso my en_US
dc.publisher Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor en_US
dc.subject Faktor risiko kemalangan en_US
dc.subject Bidang pengurusan fasiliti en_US
dc.title KAJIAN TERHADAP FAKTOR RISIKO KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA DALAM BIDANG PENGURUSAN FASILITI en_US
dc.type Final Year Project Report en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account