Abstract:
Pengurusan ruang merupakan salah satu daripada komponen penting dalam
pengurusan fasiliti. Pengurusan ruang bagi institusi pengajian tinggi adalah lebih
kritikal berbanding lain-lain organisasi. Oleh yang demikian, pengurusan ruang dan
fasiliti dalam sesebuah organisasi khususnya di Institusi Pengajian Tinggi perlu diberi
penekanan agar ia mencapai matlamat yang disarankan kerajaan iaitu pengurusan
yang berhemah bagi pengurusan harta awam. Pertambahan pelajar akan
menyebabkan berlakunya pertambahan ruang yang diperlukan. Matlamat utama
kajian ini adalah untuk meningkatkan penggunaan dan keberkesanan ruang dalam
mencapai keharmonian antara ruang yang disediakan. Kajian penyelidikan ini
menggunankan kaedah secara campuran (mixed-method) berbentuk pendekatan
kuantitatif dan dimantapkan dengan pendekatan kualitatif. Strategik yang digunakan
dalam kajian ini adalah kaedah borang soal selidik dan temubual separa struktur.
Secara keseluruhan, 137 responden yang terlibat dalam tinjauan soal selidik yang
terdiri daripada pelajar, pensyarah, staff sokongan dan staff penyelenggaraan.
Analisis data secara deskriptif seperti skor min dan sisihan piawaian dengan
menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) dan mencapai
56% kadar reponden. Hasil dapatan yang diperoleh menunjukkan konsep pengurusan
ruang sangat penting untuk mengenalpasti tahap penggunan ruang yang optimum
bagi sesuatu ruang dan ciri-ciri rekabentuk ruang memainkan peranan bagi
menyediakan persekitaran yang selesa dan selamat kepada pengguna. Terdapat
beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi penggunaan
ruang yang terancang dan terurus akan menyumbang kepada keberkesanan kos
operasi dan penggunaan sumber.