DSpace Repository

KEBERKESANAN PENGURUSAN RUANG BAGI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT)

Show simple item record

dc.contributor.advisor Sr Dr FADHILAH BINTI MOHD NOR
dc.contributor.author NURUL FADZLEEN BINTI MAT SIDIN
dc.date.accessioned 2021-10-26T07:55:54Z
dc.date.available 2021-10-26T07:55:54Z
dc.date.issued 2021-03
dc.identifier.uri http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/3243
dc.description.abstract Pengurusan ruang merupakan salah satu daripada komponen penting dalam pengurusan fasiliti. Pengurusan ruang bagi institusi pengajian tinggi adalah lebih kritikal berbanding lain-lain organisasi. Oleh yang demikian, pengurusan ruang dan fasiliti dalam sesebuah organisasi khususnya di Institusi Pengajian Tinggi perlu diberi penekanan agar ia mencapai matlamat yang disarankan kerajaan iaitu pengurusan yang berhemah bagi pengurusan harta awam. Pertambahan pelajar akan menyebabkan berlakunya pertambahan ruang yang diperlukan. Matlamat utama kajian ini adalah untuk meningkatkan penggunaan dan keberkesanan ruang dalam mencapai keharmonian antara ruang yang disediakan. Kajian penyelidikan ini menggunankan kaedah secara campuran (mixed-method) berbentuk pendekatan kuantitatif dan dimantapkan dengan pendekatan kualitatif. Strategik yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah borang soal selidik dan temubual separa struktur. Secara keseluruhan, 137 responden yang terlibat dalam tinjauan soal selidik yang terdiri daripada pelajar, pensyarah, staff sokongan dan staff penyelenggaraan. Analisis data secara deskriptif seperti skor min dan sisihan piawaian dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) dan mencapai 56% kadar reponden. Hasil dapatan yang diperoleh menunjukkan konsep pengurusan ruang sangat penting untuk mengenalpasti tahap penggunan ruang yang optimum bagi sesuatu ruang dan ciri-ciri rekabentuk ruang memainkan peranan bagi menyediakan persekitaran yang selesa dan selamat kepada pengguna. Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi penggunaan ruang yang terancang dan terurus akan menyumbang kepada keberkesanan kos operasi dan penggunaan sumber. en_US
dc.language.iso my en_US
dc.publisher Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor en_US
dc.subject Pengurusan ruang en_US
dc.subject Pengurusan harta awam en_US
dc.title KEBERKESANAN PENGURUSAN RUANG BAGI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) en_US
dc.type Final Year Project Report en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account