Abstract:
Abstrak- Kajian ini membincangkan tentang kereta sorong yang diubahsuai untuk
memudahkan pekerjaan seharian. Kereta sorong ini diberi nama ‘Scisarrow’. Sesuai dengan
namanya kereta sorong ini menggunakan mekanisma yang terdapat pada control. Kereta
sorong ini diubah suai daripada kereta sorong biasa yang terdapat di pasaran dengan
memperkenalkan konsep ‘control’ di mana pengguna kereta sorong ini tidak perlu
menggunakan tenaga yang banyak untuk memunggah barang barang yang hendak dibawa.
Penyelidik kajian ini menyasarkan tiga objektif utama hasil kajian ini di mana yang
pertama, menghasilkan kereta sorong inovasi, seterusnya menghasilkan kereta sorong yang
mampu mencapai had limit beban yang lebih daripada kereta sorong biasa dan yang terakhir
menciptakan kereta sorong yang mampu memendekkan masa proses pemunggahan barang.
Pengkaji kajian ini mendapat ilham daripada projek-projek pelajar semester lepas dan
kajian tentang inovasi ‘control’ yang terdapat pada jentera-jentera yang
menggunapakai konsep ini. Data kajian ini dapat ditunjukkan dengan pengkaji
mengedarkan borang soal selidik kepada responden-responden yang terlibat dalam
pembangunan. Selain itu, pengkaji juga meminta responden untuk mencuba kereta sorong
biasa dan ‘Scisarrow’ ini dalam proses pemunggahan beban yang melibatkan
20kg,40kg,60kg,80kg dan 100kg. Kesimpulannya kereta sorong inovasi ini dapat
memenuhi objektif kajian ini dan produk inovasi ini mampu digunakan di pasaran sebagai
alat bantu harian.