Abstract:
Kajian kes ini dibuat berdasarkan statistik kes kebakaran di daerah Klang dan Tangkak
oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk tahun 2018 hingga 2022.Terdapat trend
peningkatan setiap tahun untuk kes kebakaran di rumah kediaman berdasarkan statistik
tersebut. Kajian kes ini dijalankan untuk mengkaji sistem perlindungan kebakaran bagi rumah
kediaman dan mengenalpasti tahap kesedaran penduduk di Taman Pendamar Indah 2, Klang,
Selangor serta Taman Mega Ria, Tangkak, Johor. Temu bual bersama Penolong Penguasa
Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor dan Ketua Balai, Balai Bomba dan
Penyelamat Tangkak, soal selidik kepada 60 responden dan kajian lapangan. Untuk tahun
2021 sebanyak 29 kes kebakaran telah dilaporkan berdasarkan statistik yang diperoleh di
daerah Klang manakala 7 kes dilaporkan di daerah Tangkak untuk tahun yang sama.
Sebanyak 73% responden di Taman Pendamar Indah 2, Klang dan 57% responden di Taman
Mega Ria, Tangkak tidak mempunyai kesedaran untuk menyertai mana-mana program
kesedaran yang dianjurkan oleh pihak bomba. 3% responden di Klang dan 6% responden di
Tangkak pernah terlibat dalam kes kebakaran. Kesemua responden adalah merupakan pemilik
rumah yang berusia 20 tahun keatas. Keseluruhan kajian kes ini menunjukkan tiada
penurunan trend kes kebakaran. Tahap kesedaran tentang penyediaan sistem perlindungan
kebakaran pemilik rumah sangat rendah dan di burukan lagi dengan usia rumah kediaman
yang semakin meningkat. Untuk itu, semua pihak iaitu bomba dan komuniti perlu
bekerjasama dalam meningkatkan tahap kesedaran penghuni rumah bagi memastikan rumah
kediaman dilengkapi dengan sistem perlindungan kebakaran. Ini adalah sebagai langkah
persediaan kepada penghuni rumah sekiranya berlaku kes-kes litar pintas dan seterusnya
menyebabkan kebakaran besar berlaku. Rumah yang telah berusia dan tidak dilengkapi
dengan sistem perlidungan kebakaran akan menyebabkan kemusnahan harta benda yang lebih
besar.