Please use this identifier to cite or link to this item: http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/4362
Title: KAJIAN KEBERKESANAN SISTEM PERLINDUNGAN KEBAKARAN BANGUNAN KEDIAMAN DI DAERAH KLANG
Authors: NUR ATIQAH FATINIE BINTI MOHAMAD HASNI
Keywords: statistik
kebakaran
responden
perlindungan
kediaman
Issue Date: 2023
Publisher: POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Abstract: Kajian kes ini dibuat berdasarkan statistik kes kebakaran di daerah Klang dan Tangkak oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk tahun 2018 hingga 2022.Terdapat trend peningkatan setiap tahun untuk kes kebakaran di rumah kediaman berdasarkan statistik tersebut. Kajian kes ini dijalankan untuk mengkaji sistem perlindungan kebakaran bagi rumah kediaman dan mengenalpasti tahap kesedaran penduduk di Taman Pendamar Indah 2, Klang, Selangor serta Taman Mega Ria, Tangkak, Johor. Temu bual bersama Penolong Penguasa Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor dan Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, soal selidik kepada 60 responden dan kajian lapangan. Untuk tahun 2021 sebanyak 29 kes kebakaran telah dilaporkan berdasarkan statistik yang diperoleh di daerah Klang manakala 7 kes dilaporkan di daerah Tangkak untuk tahun yang sama. Sebanyak 73% responden di Taman Pendamar Indah 2, Klang dan 57% responden di Taman Mega Ria, Tangkak tidak mempunyai kesedaran untuk menyertai mana-mana program kesedaran yang dianjurkan oleh pihak bomba. 3% responden di Klang dan 6% responden di Tangkak pernah terlibat dalam kes kebakaran. Kesemua responden adalah merupakan pemilik rumah yang berusia 20 tahun keatas. Keseluruhan kajian kes ini menunjukkan tiada penurunan trend kes kebakaran. Tahap kesedaran tentang penyediaan sistem perlindungan kebakaran pemilik rumah sangat rendah dan di burukan lagi dengan usia rumah kediaman yang semakin meningkat. Untuk itu, semua pihak iaitu bomba dan komuniti perlu bekerjasama dalam meningkatkan tahap kesedaran penghuni rumah bagi memastikan rumah kediaman dilengkapi dengan sistem perlindungan kebakaran. Ini adalah sebagai langkah persediaan kepada penghuni rumah sekiranya berlaku kes-kes litar pintas dan seterusnya menyebabkan kebakaran besar berlaku. Rumah yang telah berusia dan tidak dilengkapi dengan sistem perlidungan kebakaran akan menyebabkan kemusnahan harta benda yang lebih besar.
URI: http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/4362
Appears in Collections:Full Paper



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.