DSpace Repository

PENAPIS AIR HUJAN YANG BERKUALITI UNTUK KEGUNAAN HARIAN

Show simple item record

dc.contributor.author AISYA NABILA BINTI M MAZLAN
dc.date.accessioned 2023-09-13T03:37:30Z
dc.date.available 2023-09-13T03:37:30Z
dc.date.issued 2023
dc.identifier.uri http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/4378
dc.description.abstract Penapis air hujan yang berkualiti untuk kegunaan harian berfungsi sebagai menapis air hujan supaya menjadi lebih bersih untuk kegunaan harian seperti mandi, membasuh kereta dan mencuci pakaian. Penapis air hujan yang direka bentuk ini sangat mudah dihasilkan kerana bahan yang digunakan mudah didapati. Situasi yang kita dapat lihat air hujan sering digunakan ketika berlaku masalah ketiadaaan air. Air hujan yang digunakan tidak ditapis dan kotor ini mewujudkan pelbagai masalah kesihatan seperti alahan kulit. Objektif utama penapis air hujan ialah menghasilkan prototaip penapis air hujan menggunakan bahan yang telah dikenal pasti. Selain itu dapat membandingkn parameter air hujan sebelum dan selepas ditapis menggunakan penapis yang telah dihasilkan dan membandingkan bahan penapis yang paling sesuai digunakan untuk dijadikan sebagai penapis air hujan. Air hujan sebelum ditapis dan selepas ditapis akan dihantar ke makmal untuk mengukur parameter air. Parameter yang diambil ialah nilai pH, kekeruhan, BOD dan TSS. Daripada hasil keputusan ujian, nilai pH selepas air hujan ditapis berada pada kelas II iaitu nilainya 6. Air hujan yang berada pada kelas II selamat digunakan dan tidak berbahaya kepada pengguna. Seterusnya, nilai kekeruhan air selepas ditapis juga berada pada kelas II iaitu 1.10 NTU. Nilai BOD pula 8 mg/L berada pada kelas III. Nilai kekeruhan selepas ditapis lebih bersih daripada sebelum ditapis. Akhir sekali bagi bacaan TSS selepas air hujan ditapis berada pada kelas I kerana kurang dari 25 mg/L iaitu nilai TSS nya ialah 6 mg/L. Semua paramater yang diuji telah mencapai standard kualiti air kebangsaan. Oleh itu daripada hasil ujian air, air hujan selepas ditapis lebih selamat digunakan daripada sebelum ditapis. en_US
dc.language.iso my en_US
dc.publisher POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH en_US
dc.subject Penapis air hujan en_US
dc.subject kualiti air en_US
dc.subject air hujan en_US
dc.subject parameter en_US
dc.subject membandingkan en_US
dc.title PENAPIS AIR HUJAN YANG BERKUALITI UNTUK KEGUNAAN HARIAN en_US
dc.type Final Year Project Report en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account