Abstract:
Penapis air hujan yang berkualiti untuk kegunaan harian berfungsi sebagai
menapis air hujan supaya menjadi lebih bersih untuk kegunaan harian seperti mandi,
membasuh kereta dan mencuci pakaian. Penapis air hujan yang direka bentuk ini sangat
mudah dihasilkan kerana bahan yang digunakan mudah didapati. Situasi yang kita dapat
lihat air hujan sering digunakan ketika berlaku masalah ketiadaaan air. Air hujan yang
digunakan tidak ditapis dan kotor ini mewujudkan pelbagai masalah kesihatan seperti
alahan kulit. Objektif utama penapis air hujan ialah menghasilkan prototaip penapis air
hujan menggunakan bahan yang telah dikenal pasti. Selain itu dapat membandingkn
parameter air hujan sebelum dan selepas ditapis menggunakan penapis yang telah
dihasilkan dan membandingkan bahan penapis yang paling sesuai digunakan untuk
dijadikan sebagai penapis air hujan. Air hujan sebelum ditapis dan selepas ditapis akan
dihantar ke makmal untuk mengukur parameter air. Parameter yang diambil ialah nilai
pH, kekeruhan, BOD dan TSS. Daripada hasil keputusan ujian, nilai pH selepas air
hujan ditapis berada pada kelas II iaitu nilainya 6. Air hujan yang berada pada kelas II
selamat digunakan dan tidak berbahaya kepada pengguna. Seterusnya, nilai kekeruhan
air selepas ditapis juga berada pada kelas II iaitu 1.10 NTU. Nilai BOD pula 8 mg/L
berada pada kelas III. Nilai kekeruhan selepas ditapis lebih bersih daripada sebelum
ditapis. Akhir sekali bagi bacaan TSS selepas air hujan ditapis berada pada kelas I
kerana kurang dari 25 mg/L iaitu nilai TSS nya ialah 6 mg/L. Semua paramater yang
diuji telah mencapai standard kualiti air kebangsaan. Oleh itu daripada hasil ujian air,
air hujan selepas ditapis lebih selamat digunakan daripada sebelum ditapis.