Abstract:
E-book hasil projek akhir pelajar ini turut berfungsi sebagai platform untuk pelajar mengembangkan potensi, mempamerkan keupayaan dan mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari melalui percambahan fikiran dan penyelesaian masalah secara inovatif bagi menghasilkan projek yang bermutu. Diharapkan ianya dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam memperkasakan pelaksanaan projek pelajar di Politeknik Malaysia di samping menjadi pendorong untuk melahirkan graduan TVET yang berkualiti dan holistik, selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) dan mesra industri. Kursus Projek 1 (DEE40082) memberi pengetahuan berkenaan kaedah pelaksanaan dan pembangunan projek berdasarkan perkakasan atau perisian atau gabungan perkakasan dan
perisian. Kursus ini memberi pendedahan kepada pengurusan projek dan kewangan, teknik untuk membangunkan projek dan penyediaan cadangan. Manakala Projek 2 (DEE50102) adalah kesinambungan kursus projek 1. Kursus ini memberi tumpuan kepada kaedah pembinaan litar, ujian, penyelesaian masalah, penyahpepijatan, pembaikan dan juga penyiapan projek yang telah dirancang pada semester sebelumnya. Kursus ini juga memerlukan pelajar untuk menguruskan projek berasaskan kejuruteraan ekonomi, menyediakan laporan projek dalam format tertentu dan menyampaikan pembentangan projek pada akhir semester.