Please use this identifier to cite or link to this item: http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/4388
Title: SMART FLOOD DOOR BARRIER
Authors: NUR ANISYA BINTI ZAIDI
Keywords: Sensor Penggera Pintar
Akrilik
Arduino
Ultrasonic
Pengedap Silikon
Issue Date: Jun-2020
Publisher: POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Abstract: Smart Flood Door Barrier ini merupakan produk pintu bagi menghalang banjir yang telah diinovasikan bagi mengurangkan air banjir masuk ke kawasan rumah. Produk ini dilengkapi dengan sistem amaran penggera pintar yang boleh memberi amaran berkaitan paras air melalui telegram bagi tujuan peringatan kepada pengguna. Produk ini juga diciptakan dengan mengubah rekabentuk supaya boleh digunakan pada bila-bila masa dan juga saya inovasikan produk yang lebih ringan daripada yang sedia ada. Hal ini demikian saya menginovasikan Smart Flood Door Barrier ini dibuat adalah untuk melambatkan kemasukkan air ke dalam rumah melalui pintu atau tigkap rumah ketika musim banjir. Menurut Journal of Infrastructural in Civil Engineering (JICE Vol 2, No.2, Julai 2021), banjir adalah peristiwa apabila kawasan daratan yang biasa kering dipenuhi dan ditenggelami air disebabkan beberapa faktor. Terdapat peristiwa banjir iaitu peristiwa banjir terjadi kerana limpahan air banjir dari mana-mana saliran air contohnya perparitan atau longkang atau sungai yang disebabkan oleh hujan kilat yang lebat ataupun jika perparitan, sistem perparitan yang kurang efisien atau sumbat. Selain itu, keberhasilan dalam kajian atau projek saya ini adalah untuk memastikan sama ada Smart Flood Door Barrier saya ini mampu mencapai kesemua dengan menggunakan bahan contohnya, akrilik, pengedap silikon dan sensor penggera (ultrasonic) atau kaedah daripada saya inovasikan atau sebaliknya. Bagi memastikan Smart Flood Door Barrier ini boleh berfungsi dengan baik degan sensor penggera dengan menggunakan bahan seperti Arduino,ultrasonic dan sebagainya yang telah saya inovasikan dan juga akrilik yang boleh dilaras. Oleh itu, dengan kewujudan daripada inovasi saya ini, adalah Smart Flood Door Barrier ini dapat bertahan lama dan memberi amaran jika tahap ketinggian air itu lebih daripada produk saya ini. Kesimpulannya, kajian ini akan dilaksanakan untuk pengguna menyelamatkan barangan di dalam rumah mereka daripada kerosakan harta benda daripada berlakunya kerosakan disebabkan banjir yang boleh menambah kos iaitu kos membaiki ataupun menggantikan harta benda yang telah rosak.
URI: http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/4388
Appears in Collections:Full Paper

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
SMART FLOOD DOOR BARRIER NUR ANISYA BINTI ZAIDI)(F1082).pdf2.93 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.